Sunday, April 18, 2010

kerJA ooH KErjA

Kring! Kring! Kring! (loceng berbunyi)
Begitulah keadaannya apabila menjelang pukul 8 pagi di MSET. Selepas sahaja selesai "punch card" semua pekerja dan pelatih diarahkan untuk berkumpul di dataran MSET berhadapan bangunan admin untuk ritual senaman pagi dan bacaan doa sebelum memulakan kerja. Ini adalah minggu kedua ku di MSET dan keadaan seperti biasa tiada perbahan ketara yang berlaku. Seperti biasa aku masih lagi bermain-main dengan komponen-komponen enjin water-jet milik bot perantas (KB-78).
Okey mari kita lihat apa yang aktivitiku pada minggu neh secara ringkasnya. Secara teknikalnya aku masih lagi diarahkan untuk menyambung tugasan pada minggu lepas iaitu membersihkan bolt dan nut daripada teritip menggunakan 'grinding machine' akan tetapi tugasan itu ditambah sedikit dengan aku diarahkan untuk membersihkan juga 'impeller'. Bagi yang tidak tahu apa itu impeller ia adalah sejenis kipas seakan-akan turbin di dalam 'housing' enjin water-jet. Cara untuk membersihkan impeller ini sama juga dengan menggunakan 'grinding machine' tetapi pada bahagian-bahagian yang sukar untuk dicapai seperti di celah-celah kipas kita perlu menggunakan kertas pasir untuk membersihkannya. Kerja yang dilakukan mestilah licin dan kemas agar pelanggan berpuas-hati.
Kemudian, Pak Zainal menyuruh aku untuk menolong Pak Awang (pakar enjin bot) untuk membaik-pulih injap yang didapati bocor. Untuk menutup kebocoran tersebut kita memerlukan sejenis bahan iaitu serbuk besi kasar dan halus. Caranya adalah dengan meletakkan sedikit serbuk besi kasar di atas injap kemudian pusingkannya berulang-ulang kali pada lubang injap tersebut sehingga licin. Apabila selasai ulangi langkah tersebut dengan menggunakan serbuk besi halus pula. Pastikan injap tadi benar2 licin. Untuk mengujinya, tutup injap tersebut pada lubang omboh kemudian letakkan sedikat minyak di atasnya. Jika tiada tumpahan minyak pada lubang omboh itu bermakna permukaan injap telah berjaya dibaik-pulih, jika tidak kita perlu mengulangi langkah di atas sehingga injap tersebut benar2 telah dibaik-pulih. Kerja ini memerlukan ketelitian kerana jika tidak omboh tidak dapat berfungsi dengan baik dan boleh merosakkan enjin.
Selain itu aku jugak diajar cara-cara untuk menampal lubang@retak pada housing water-jet. Cara untuk menampalnya adalah dengan menggunakan 2 jenis gam yang kemudiannya diadunkan. Setelah sebati gam yang telah diadunkan tersebut akan disapu pada bahagian yang berlubang tersebut sedikit demi sedikit sehingga lah kesan lubang@retak hilang. Kerja mestilah kemas.
Pak Zainal juga telah membawa aku untuk meninjau keadaan di dalam Bot Perantas (KB-78) dan menerangkan peralatan2 di atas kapal tersebut termasuk bahagian kokpit dan bilik enjin. Ini secara tidak langsung telah menambah pengetahuan dan minat padaku dalam bidang marin ini. Okey sampai setakat ini sahaja untuk entry kali neh. Dan pada entry yang akan datang ada sedikit kejutan untuk semua....tungguuuuu!!



Impeller


Pak Awang show how to service the valve
in cylinder head...


Grinding Paste


housing of engine water-jet


Gam yg digunakan utk menampal lubang kat housing enjin water-jet


Bilik enjin bot perantas (KE-78)

No comments:

Post a Comment