Pada tanggal 15 MEI 2010 yang lalu syarikat Jasa Merin telah melancarkan sebuah armada baru iaitu JM Sepoi bagi menggantikan Permint Sepoi yang telah ditamatkan operasinya tidak lama dahulu. Pelancaran JM Sepoi telah dirasmikan dengan suasana sederhana oleh Yg. Bhg. Dato' Hj Wan Zakaria B. Abd Rahman sambil disaksikan oleh tetamu-tetamu kehormat dan undangan yang dianggarkan lebih daripada 500 orang.
Secara teknikalnya, kapal JM Sepoi dibuat lebih besar dan gagah berbanding kapal-kapal Jasa Merin yang lama. Berfungsi sebagai AHTSV dan SSV, JM Sepoi diharapkan mampu untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan memandangkan permintaan yang tinggi daripada PCSB, PetroFac, dan Exxon untuk menggunakan kapal dari Jasa Merin.
Armada baru Jasa Merin ini telah dibuat di Port Klang oleh syarikat Muhibbah Marine Engineering yang mana berpengalaman luas membuat kapal Jasa Merin sejak tahun 80-an lagi.Semoga dengan kehadiran kapal baru ini dan juga 3 lagi yang sedang menunggu giliran untuk dikeluarkan diharapkan industri perkapalan akan menjadi lebih rancak sejajar dengan perkembangan ekonomi pada masa kini.
Wednesday, May 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment