Friday, April 16, 2010

KnoCK-kNocK MSET

Salam sume, minggu neh minggu pertama kat MSET. Macam-macam perasaan ade kat hati ni, cuak, hepi, berdebar dan macam-macam la. Tapi sumenya terlerai apabila aku disambut mesra oleh pekerja-pekerja di situ. Sume ramah dan tak lokek untuk memberi tunjuk ajar kepada budak-budak praktikal cam aku neh. Okey, di sini aku telah diarahkan oleh En. Yusof(ketua bahagian sumber manusia) untuk ke bahagian mekanikal(servis dan baik pulih) enjin-enjin bot kapal di bawah kendalian En. Zainal Abidin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Zainal. Pak Zainal ini lah yang akan menjadi supervisor ku di sini. Segala apa latihan yang aku jalani di sini akan dipantau oleh Pak Zainal. Di bahagian ini jugak terdapat 5 orang pelatih yang mana 2 daripadanya dari POLITEKNIK PORT DICKSON, 1 UITM SHAH ALAM, 1 UTEM dan 1 UNIMAP. At least tade la aku sorang-sorang kan kat sini. hee...
Okey minggu neh kerja-kerja tak berapa banyak sangat oleh kerana banyak kapal-kapal yang sudah diselenggarakan sebelum kedatangan aku. Jadik ak banyak menghabiskan masa dengan belajar teori mengenai enjin kapal dari pekerja yang mempunyai berpuluh-puluh tahun berpengalaman dalam bidang tersebut. Dalam pada itu ada sebuah kapal milik kastam yang baru sahaja dinaikkan di slipway MSET untuk diselenggarakan. Kapal kastam ini namanye PERANTAS (KE-78) menggunakan enjin 'water-jet'. Jadik tugas yang diberi kat aku sebagai rookie taklah susah sangah cumanya membersihkan bolt dan nut, bracket water-jet dan impeller(cam turbin tu) daripada teritip dengan menggunakan mesin grinding. Geram jek aku tengok teritip-teritip yang melekat kat komponen2 enjin tu. Kadang-kadang tu kalo aku da puas sangat wat mende-mende alah tu, aku pegi la kat bahahagian 'manufacturing' aku tengok dan belajar cara-cara dierang gunakan mesin larik, mesin gerudi dan seangkatan dengannya. Sambil-sambil tu, ak gunakan kesempatan tersebut untuk mengenali dan beramah-mesra dengan pekerja dan pelatih MSET dengan lebih dekat lagi. Semoga dierang sume akan dapat membantu aku sepanjang aku berada di sini. Senang cerita, minggu neh masa aku banyak dihabiskan untuk belajar mengenai benda-benda asas mengenai enjin dan merapatkan silaturrahim....okey jumpe lagi kat next entry yeah..


grinding machine


bolt n nut before grind


bolt n nut after grind


Perantas Boat (KE-78)



MSET staff show how to using lathe machine in
a right way....

No comments:

Post a Comment