Friday, April 16, 2010

EDISI PENGENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengikut-pengikut blog yang sudi membaca coretanku yang tak seberapa ini. Pertamanya ingin ak utarakan di sini bahawa aku tiadalah mempunyai pengalaman atau 'keminatan' untuk merakamkan blog ini, akan tetapi aku berterima kasih kepada pihak universiti yang mewajibkan aku dan rakan-rakan seangkatanku untuk menulis blog bersempena dengan latihan industri yang kami jalani, sekurang-kurangnya dapat lah jugak kitorang tau camne nak menggunakan blog neh. Okey, buat permulaan bicara ingin aku perkenalkan namaku iaitu Nasrul Haqim B Abd Shukor (dikalangan rakan lebey mengenaliku dengan nama Nasz) berusia dua puluh tahun ++ (sendiri teka..hee) dan sudah agak lama bertapa kat UNITEN terchenta neh. Aku mendapat peluang untuk membuat latihan industri di sebuah syarikat yang bernama MSET. MSET yang bertapak di Pulau Kambing, Kuala Terengganu, Terengganu ini ialah sebuah syarikat yang kejuruteraan yang berpengalaman dalam bidang pembuatan dan membaikpulih kapal samada yang kecil atau besar. Walaupun tade elaun yang diberi akan tetapi aku gagahkan jua diri ini untuk membuat latihan industri di syarikat ini dengan niat untuk mencari pengalaman dalam bidang marin ini (padahal da memang tak dapat tempat lain..sedey jek. huhu). Untuk pengetahuan sume, latihan ini berjalan selama 12 minggu bermula 5 April 2010 - 25 Jun 2010 dan ak akan meng'update' setiap minggu at least sekali. Dan perjalananku pon bermula..jeng3....................



WELCOME TO MSET

No comments:

Post a Comment